Sunday, June 15, 2008

Berakhirkah Imtihan ?

Antara kekuatan mental yang diperlukan daripada seorang Mahasiswa al Azhar ialah kemampuan untuk menyerap tekanan apabila melalui fatrah imtihan. Faktor muqarrar yang banyak, tempoh persedian yang tidak mencukupi, penguasaan Bahasa Arab yang lemah serta kekuatan fizikal dan mental menjadi punca kepada Mahasisiwa al Azhar mengapa mereka akan rasa terkanan di fatrah imtihan.

Ramai yang mengimpikan suasana ‘demam imtihan’ yang dirasainya ketika mana mereka melalui proses menghadam dan menguasai kitab kuliah. Bersengkang mata, waktu tidur dan rehat dihadkan, seluruh kerja buat yang selain daripada kerananya di kesampingkan. Hal ini berlaku demi untuk memastikan keputusan yang cemerlang bakal diperolehi kelak..

Mahasiswa akan rasa tertekan kerana takut tidak lulus atau tidak cemerlang. Tertekan kalau tidak dapat memahami secara detail apa yang dipelajari sebagaimana yang sepatutnya diperolehi daripada pembacaan kitab kuliah atau memahami syarahan daripada doktor-doktor di bilik kuliah. Akhirnya membawa kepada melakukan usaha-usaha untuk mengatasi tekanan tersebut. Lalu biah pengajian akan wujud dan di ketika inilah detik-detik keemasan dapat dilihat pada diri individu yang bergelar Mahasiswa al Azhar . Mungkin suasana ini sukar untuk diwujudkan di masa-masa yang lain dek kerana tiada imtihan.

Persoalannya, mengapakah berlaku kepada kebanyakan pelajar kita gagal untuk terus menempatkan diri dalam tekanan walaupun setelah selesai imtihan? demi untuk mengekalkan biah pengajian. Menampakkan ada hubungan yang intim diantara tekanan dengan imtihan. Adakah mahasiswa tidak perlu rasa tertekan untuk mewujudkan biah pengajian setelah mereka selasai melewati fatrah imtihan?. Imtihan telah membawa rahmat rasa tertekan kepada mahasiswa al Azhar. Apakah mahasiswa al Azhar perlu lebih kerap untuk diimtihankan bagi mengatasi krisis malas mengaji kalau bukan kerana imtihan.

Adakah mereka tidak akan rasa tertekan kerana gagal memahami apa yang telah dipelajari? Rasa tetekan kerana masih banyak perbahasan yang mereka belum fahami? Hal yang akan membawa kepada mereka pula gagal untuk memberi faham kepada orang lain.

Kaedah terbaik perlu difikirkan bagaimanakah cara untuk terus konsisten hidup dalam biah pengajian. Setiap individu mungkin berlainan cara berdasarkan kepada tahap kemampuan dan keperluan yang berbeza. Mungkin sebahagiannya berfikir untuk mengukuhkan penguasaan bahasa arab yang menjadi alat yang wajib dimiliki oleh seorang mahasiswa. Dan mungkin pula yang lainnya bertindak untuk mula menguasai subjek-subjek elektif pula setelah yang terasnya sudah dikuasai. Terpulang kepada keperluan masing-masing, yang penting ada tindakan susulan selepas imtihan dan memastikan pengajian tidak akan berakhir bersama dengan berakhirnya imtihan.

No comments: